Thursday, November 12, 2009
Casimir Pulaski Day, atau, menenggelamkan kenyataan ke dalam dada.
Hati aku dilanda ribut sebab Nadine sedang bersedih, berkabung, merajuk pada Takdir, dan dia tak mahu bercakap dengan aku. Dia mengenakan baju kurung dan selendang hitam dan rambutnya disimpul kemas dan mukanya kaku dan langkahnya perlahan dan dia tidak tersenyum padaku. Aku benar-benar mahu mendekatinya dan menyentuhnya seolah-olah sentuhan itu dapat menyerap kesedihan dari dalam dadanya, aku mahu memeluknya dan membenarkan dia berlindung dalam dakapanku walaupun aku tak tahu dari apa aku mampu lindungi dirinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bahasa yang power ... tahniah.
waktu yang berjalan, menenggelamkan suka, duka dan menumbuhkannya kembali.
Admire your writing :)
kagum!
Post a Comment